Sunday, April 5, 2009

One Malaysia

Perdana Menteri yang baru telah memperkenalkan konsep One Malaysia dan dalam ucapan dasar pertama melalui tv, beliau bersungguh-sungguh dan komited untuk mengadakan perubahan secara besar-besaran dan menyeluruh demi kebaikan negara dan bangsa.

Dalam masa yang sama, kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS sibuk mempertikai dan menafikan keupayaan BN untuk berubah selepas PRU 12 semasa berkempen di pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Kedah, Perak dan Sarawak.

PAS di Kedah pula mengamalkan sistem kuota 50% rumah untuk Bumiputra yang menimbulkan kontrovesi dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan bukan bumiputra dan pemaju perumahan.

Kerajaan negeri Kedah juga dilihat dikuasai Majlis Agama dan Exco PKR mendakwa hilang kuasa dan di samping itu, pelbagai syarat dikenekan dalam iklan ( tudung), nombor plat kereta
(tulisan Jawi) hukum hudud dan sebagainya.

Perkara-perkara ini telah menimbulkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati di kalangan pengundi bukan bumiputra di Bukit Selambau, Kedah.

Di samping itu, ramai telah mula tertarik dengan konsep one Malaysia dan mengalu-alukan keputusan PM yang melepaskan 13 orang tahanan ISA, menarik balik pembekuan penerbitan akhbar parti-parti politik dan ISA akan dikaji semula.

Selain itu, Puspakom juga tidak akan dibenarkan monopoli dalam bidangnya dalam masa lima tahun akan datang. Ini juga menunjukan kerajaan pimpinan PM baru ini komited untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul dan membuka ruang persaingan di kalangan rakyat agar keupayaan rakyat dari segi perniagaan dapat dimantapkan lagi. Ini satu usaha yang dilihat akan meningkatkan persaingan di kalangan Bumiputra bagi masa jangka panjang.

PM telah melaksanakan apa yang dijanjikan, ia itu perubahan, berubah mengikut kehendak rakyat dan berubah secara menyeluruh serta bebar-besaran dan menuju ke arah yang lebih liberal, memahami hasrat dan kehendak rakyat serta menjaga kebajikan golongan yang memerlukan.

Seperkara yang penting dan semasa ialah isu krisis ekonomi, PM juga telah membuat komitmen untuk menangani segera.


Friday, April 3, 2009

BN yakin kekal kuasai kpg Kuala Sin

Barisan Nasional (BN) yakin mengekalkan penguasaannya di peti undi Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau 7 April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) Kuala Sin, Ismail Wahab berkata kawasan itu merupakan kubu kuat BN. "Dalam pilihanraya umum tahun lepas, terdapat 833 pengundi di situ dan BN memenangi peti itu di situ dengan majoriti 241 undi," katanya.

Ismail berkata pihak yakin 90 peratus pengundi di situ akan menyokong BN dalam pilihanraya kecil Selasa depan. "PKR tidak ada peluang untuk menang di sini, memang selama ini kubu kuat BN," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Pada keseluruhannya, Ismail meramalkan BN akan menang dengan 65 peratus sokongan pengundi di Bukit Selambau.Beliau mendakwa, selama mewakili Bukit Selambau, ADUN dari PKR, V Arumugam tidak pernah menjenguk ke kampung tersebut.

"Kini ada kebangkitan pengundi di untuk menyokong BN di kawasan Sungai Lalang, Bukit Lembu dan pekan Bukit Selambau," tambahnya.

Tinjauan Malaysiakini mendapati poster dan bendera BN memenuhi 80 peratus sepanjang jalan menuju ke Kampung Kuala Sin.

Begitu juga keadaannya di dalam kampung tersebut yang penuh Umno dan BN dan tidak banyak bendera Pakatan Rakyat.

( Malaysiakini 3.4.2009)

Thursday, April 2, 2009

注重人力資本

阿都拉在任期間,不斷強調人力資本的重要性,尤其是擁有高等技術與知識的第一等人力資本。為此,政府努力提高教育素質、提倡性別平等和重視善良的價值觀。

改善人力資本的素質,可提高國家競爭力,政府的人力資本政策包括:

1.實行國家學前教育(PERMATA),全國開設14所國家學前教育兒童中心,確保所有兒童獲得適當的早期啟蒙教育。
2.設立教育部幼兒園,成功在大馬第8、9計劃下,開辦4777堂入學前課程,主要在郊外的幼兒園。
3.提供援助金予來自貧苦家庭的兒童,去年共有6047人受惠。
4.提升幼兒園教師至文憑水準,確保兒童的早期啟蒙教育素質。從2006年至今,1668名幼兒園教師已接受幼兒教育文憑課程。
5.落實2006年至2010年教育發展大藍圖(PIPP),重組教育系統。
6.鼓勵家長將孩子,送入國民型學校。
7.落實精英學校政策,在2008年,58所精英學校獲得5星級評價,之前只有25所。
8.通過大馬第9計劃,撥款9億7700萬令吉加強技術與技能教育。
9.為了提升教育系統與就學機會,第9大馬計劃在教育方面共撥出241億令吉,以發展1萬7356項計劃,特別是在郊外與沙巴、砂拉越內陸地區,共建設29所新學校。
10.提升學生的電腦資訊知識,開設2257間電腦中心和3600間上網中心。
11.成立學術資格鑑定機構(MQA)。
12.減低高等教育基金貸款利息從3%至1%。
(1.4.2009 China Press)

致力打造新農業

大馬政府方針與成就報告》(簡稱報告)指出,2003年11月至2009年3月期間,阿都拉政府在促進國內經濟增值方面,一共推動了8大方針。

當中,為農業領域增值,排在所有方針的首位。政府透過“新農業”,並以“農業就是商業”的口號,矢志把農業變成促進國家經濟成長的第三股力量。

在打造“新農業”的努力下,政府採用生物科技,又把資訊及通訊科技,與農業作結合。2003年至2008年7月,我國的食品出口,創下平均每年13%的增長率;農業領域的整體增長值,由2003年的330億令吉,增至2008年的400億令吉。

此外,報告指出,阿都拉政府透過7個計劃,包括增加稻米生產、提供生產獎掖以克服高企的生產成本、綠地計劃、荒地重建等等,擬訂國家食品保證政策,提高人民自給自足的能力,並撥款56億令吉,用作2008至2010年間的開銷。

“迄今為止,國內一共產生了7258名農業企業家,996名農人獲得增值,每月最低收入達2000令吉。”

(1.4.09 China Press)

Wednesday, April 1, 2009

Beri restu kepada PM baru

Kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau sudah memasuki hari ke empat.

Beberapa hari lagi kita juga akan mendapat seorang Perdana Menteri yang baru.

Ketika ini para pengundi harus lebih memahami keadaan dan mempunyai arah pemikiran yang lebih terfokus bagi membuat keputusan untuk memilih mana satu calon di kalangan 15 orang calon yang bertanding.

Kita sebagai manusia biasa mudah menuduh orang lain "tidak buat ini dan tidak buat itu, ini tidak baik dan itu tidak baik." Oleh itu, kita sebagai pengundi perlu berhati-hati dan jangan melihat sesuatu hal atau isu dengan satu sudut pandangan sahaja kerana untuk menuduh memanglah mudah dan untuk melaksanakan sesuatu kadang-kadang agak susah.

Dengan ini, pengundi harus memberi peluang kepada BN untuk melakukan yang terbaik dan memperbetulkan kesilapan yang timbul.

Sepanjang setengah abad Barisan Nasional memerintah, sudah pasti ada kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, tetapi ia satu gabungan parti politik yang berdaya tahan, berpengalaman dan segala konflik yang berlaku di kalangan parti komponen boleh diselesaikan secara perundingan.

Selepas pilihan raya umum ke 12 tahun lepas, nampaknya parti-parti komponen akan bersuara dengan lantang dan tegas, serius dan tidak teragak-agak demi kebaikan BN dan kesimanbungan kuasa pemerintahan parti di negara ini agar tidak ada isu-isu penting yang terlepas seperti PPSMI yang dituduh tidak ada sesiapa yang membangkitkannya sepanjang enam tahun ini malah pelbagai pihak termasuk MCA telah membantah sejak awal-awal lagi.

Najib pasti akan menjadi Perdana Menteri, ia satu realiti. Kita harus menyokong beliau menjadi seorang PM yang benar-benar merupakan Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia.

Kita harus menyokong PM baru ini agar menjadi seorang PM yang mindanya terbuka dan bukan menjadi seorang PM Melayu. Seluruh rakyat harus menyokong beliau agar beliau memahami bahawa rakyat tidak memandang ringan ke atas kepimpinan beliau.

Selain orang Melayu, orang Cina, India dan lain-lain bangsa perlu memberi mesej kepada PM baru ini agar beliau benar-benar terasa sokongan ini dan mencul sebagai seorang pemimpin yang menegakkan keadilan, keterbukaan dan kesederhanaan.