Wednesday, August 8, 2007

Sains dan Maths dlm BI

Apa yang masih hangat diperkatakan dan mungkin akan menjadi salah satu senjata bagi parti-parti pembangkang untuk menyerang BN pada pilihan raya akan datang ialah kerajaan masih tidak menetapkan bahasa yang akan digunakan dalam peperiksaan UPSR tahun depan (2008).
Bagi sekolah kebangsaan (SK ) dan Tamil, bahasa Inggeris (BI) sudah tentu digunakan bagi penyediaan soalan UPSR bagi ke dua-dua subjek ini, tetapi sekolah Cina (SJKC ) yang menggunakan bahasa Cina dan Inggeris serentak dalam pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek ini, apakah bahasa yang akan digunakan bagi penyediaan soalan, B. Cina (BC) atau BI ???
Dalam suasana masa kini, MCA dan masyarakat Cina yang sering memberi tumpuan ke atas perkara ini amat-amat mengharapkan BC sahaja digunakan atau sekurang-kurangnya dwi bahasa digunakan supaya tidak tersia-sia perjuangan mereka mempertahankan penggunakan bahasa Cina di sekolah Cina dalam pembelajaran kedua-dua subjek ini.
Hasrat masyarakat Cina ialah peluang belajar bahasa ibunda cuma enam tahun sahaja, dan sepatutnya dipertahan dan segala budaya, semangat serta warisan yang tersirat boleh disebarkan melalui pelajaran di peringkat sekolah rendah dan belajar BI sepatutnya melalui pembelajaran bahasa itu sendiri dengan sistematik.
Sehingga hari ini masyarakat Cina masih tidak memahami dan mempersoalkan sistem atau kaedah yang digunakan Tun Dr M untuk meningkatkan taraf BI di kalangan pelajar sekolah rendah. Tetapi bagi sek men. mereka tiada bantahan.
Oleh itu, kita dalam sebuah negara berbilang bangsa, bahasa dan budaya ini, kita perlu berfikir dan membuat keputusan dengan mengambil berat tentang perasaan dan hasrat orang lain. Menghormati orang lain akan lebih mebantu untuk mencapai perpaduan negara............

Monday, July 30, 2007

Salam hormat

Salam sejahtera,

Masa kini, kita dengar tentang blog setiap hari, hari ini juga pelbagai kontroversi tentang blog telah diperkatakan dalam pejabat saya.
Saya akan mulakan penulisan bagi blog Malaysia FM sekerap yang mungkin. Mulakan dengan menggunakan bahasa Malaysia, ada masa tambah dengan lain bahasa Cina, Inggeris ..... Diharapkan ia akan memperkasakan bahasa-bahasa saya, dapat kongsi maklumat dalam dunia siber ini.....
Tiga puluh lima tahun dahulu saya memulakan pembelajaran di sekolah menengah dengan semua mata pelajaran sastera ( geografi, sejarah dll ) ditukarkan dari Inggeris ke Bahasa Malaysia dan Sains dan Maths pula kekal dalam B. Inggeris.
Dan selepas itu, semua subjek menggunakan B. Melayu (sekarang B. Malaysia) sehinggalah dasar baru yang menimbulkan kontroversi yang dilaksanakan mantan PM, Tun Mahathir di mana Inggeris digunakan bagi subjek Sains dan Maths. Sejarah 35 tahun dahulu berulang, dan keadaan serta suasana juga telah mengalami banyak perubahan dan cabaran yang kita hadapi juga berlainan.
Masalah yang kita hadapi sekarang ialah setakat mana rakyat sanggup meninggalkan bahasa ibunda dan tukar ke Inggeris diperingkat sekolah rendah lagi.
(....... bersambung )