Sunday, August 24, 2008

當年為拉馬哈迪下台,安華險擊垮我國經濟

(峇東埔23日訊)副首相拿督斯里納吉痛批安華為了當首相不擇手段,包括在1997年金融風暴期間,差點把國家經濟主權交給國際貨幣基金組織管理。

他說,我國面對金融風暴時,當時出任財長兼副首相的安華,卻採取一系列嚴苛措施,企圖擊垮我國經濟。

他說,安華這么做,只有一個目的,就是為了圓當首相的夢。

指開空頭支票

他說,如果當時政府接受國際貨幣基金會接管,我國經濟肯定崩潰,包括公司因為經營困難被迫結業,失業率上升等,這些都會激起民怨,造成民不聊生。

他說,這就是安華的野心,他就是要趁當時出任首相的敦馬,因為無力搞好經濟而被轟下台,取而代之。

盡管如此,他說,我國最終還是從金融風暴走過來,我國使用本身模式,在沒有外力插手下恢復經濟,同時穩定馬幣匯率,大馬的成功案例更被美國哈佛商業學院納為教科書題材。

他希望選民不要輕信安華的甜言蜜語,以及空頭承諾。

他說,把國家經濟主權交給國際貨幣組織插手,跟出賣國家主權沒有分別。

他說,我國是主權獨立的國家,出賣國家,也違背了國家爭取獨立的意義。

http://www.chinapress.com.my

Ali Xia lawan An Hua di Permatang Pauh

Pengundi Cina menyebut nama calon BN bagi pilihan raya kecil kawasan Permatang Pauh sebagai Ali Xia dan calon PKR sebagai An Hua.

Walau apa pun, semua pengundi Permatang Pauh tidak kira bangsa dan fahaman politik perlu membuat keputusan pada 26 Ogos ini, beberapa hari sebelum pembentangan Bajet 2009 di Parlimen oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Salah satu tajuk fokus bajet kali ini dijangka adalah masalah rakyat dan inflasi yang timbul berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia dan penstrukturan semula subsidi bahan api oleh kerajaan baru-baru ini.

Kenaikan harga minyak yang menjadi tajuk hangat semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dijangka reda sedikit berikutan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen dari RM2.70 kepada RM2.55 seliter.

Tambahan pula, dengan adanya rebat bagi mengurangkan beban rakyat berikutan harga minyak yang tinggi, rakyat seharusnya lebih memahami inisiatif kerajaan agar golongan yang benar-benar memerlukan sahaja diberi subsidi minyak. Rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana pasti tidak ingin melihat golongan yang kaya raya dengan kereta mewah seperti Jaguar, BMW 7 series dan Bentley juga meniknamati harga minyak bersubsidi yang diperoleh di stesen minyak. Oleh itu kaedah yang lebih adil ialah dengan mengenakan minyak yang lebih tinggi harganya di stesen dan memberi rebat kepada mereka yang layak. Di samping itu, rakyat asing juga tidak berkesempatan mengisi minyak yang kita sabsidi itu serta dapat mengurangkan kegiatan penyeludupan minyak ke negara jiran.

Semua usaha ini menunjukan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sentiasa berusaha mencari jalan yang paling berkesan untuk membantu rakyat.

PM semasa mengadakan perjumpaan dengan pengundi di Permatang Pauh baru-baru ini telah memberi jaminan akan memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapai masyarakat tempatan termasuk isu Hindraf dan penahan ISA.
PM juga menyeru pengundi Permatang Pauh yakin tentang calon BN, Ali Xia. Please believe me, he ( Arif Shah) is a good man.

Friday, August 22, 2008

Asas yang dibentuk pengasas negara

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggunakan politik perkauman yang bercanggah dengan asas negara bangsa yang diperjuangkan oleh negarawan terdahulu, kata bekas orang kanannya, Ezam Mohd Noor yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR.

Ezam berkata, bukan mudah bagi pengasas perpaduan kaum seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan untuk mewujudkan negara berbilang kaum dan kini perjuangan Anwar telah melanggar garisan yang dibuat itu.


Beliau juga mengatakan bahawa Anwar sudah melanggar garisan besar dalam politik, percaturan politik itu boleh tapi tidak seharusnya langgar garisan yang telah dinyatakan pengasas bangsa kita.

Ezam berkata pemimpin PKR itu memainkan sentimen kaum bagi menarik sebanyak mungkin sokongan masyarakat Cina dan India dengan mencemuh dasar kerajaan yang pro Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta Dasar Pendidikan Negara. Ezam berkata tindakan itu tidak boleh dikompromi kerana politik sedemikian amat berbahaya, khususnya kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia, yang perlu menjaga sensitiviti setiap kaum.

Ketiga-tiga pemimpin kaum utama di negara itu iaitu Tunku Abdul Rahman, Cheng Lock dan Sambanthan, meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri mereka sendiri dan inilah ciri negarawan yang perlu ditonjolkan.
Ezam menyatakan pemimpin berciri negarawan ini meletakkan asas pembinaan negara berlandaskan semangat perpaduan dan toleransi yang cukup tinggi demi kepentingan negara dan ini berbeza sekali dengan Anwar. Beliau mengkritik bahawa Anwar sanggup meletakkan kepentingan dirinya mengatasi kepentingan negara dan peralihan kuasa yang dicanangkannya bakal berlaku pada 16 September telah merosakkan ekonomi negara dan menakutkan pelabur asing untuk datang ke negara ini.
Sumber: Bernama dan Berita Harian

Thursday, August 21, 2008

Janji melambung



Rencana Azhar Abu Samah bertajuk "Pengundi kena waspada janji melambung, kosong PKR di Berita Harian Online mengatakan bahawa:


  • Selepas puas menabur janji bertaraf kebangsaan, kini Datuk Seri Anwar Ibrahim melonjak ke tahap global apabila mengumumkan beliau akan mendapat pelaburan AS$10 bilion daripada seorang pelabur Arab jika berjaya ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri. Inilah kelebihan personaliti yang dikenali seantero dunia. Nilai kempen bernilai RM34 bilion (AS$10 bilion) ini mungkin yang tertinggi dicatat dalam sejarah 'janji' pilihan raya di Malaysia. Malah, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, jutawan dari Arab Saudi sedia membawa 'kawan-kawannya' datang melabur di Malaysia jika beliau berjaya 'mengambil alih' Putrajaya.
  • Sudah pasti orang ramai yang mendengar ceramahnya terpegun dengan jumlah yang beliau sebut itu. Persoalannya, bolehkah penduduk di Permatang Pauh menerima janji bersifat internasional itu, sedangkan banyak perkara, termasuk soal seharian yang membabitkan kehidupan mereka di sini, tidak dapat diselesaikan Ahli Parlimen terdahulu yang juga isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Soal Anwar dapat 'mengambil alih' Putrajaya, sekali gus menjadi Perdana Menteri yang membawa masuk pelaburan berbilion dolar Amerika selepas 16 September ini bukanlah keutamaan bagi penduduk Permatang Pauh ketika ini.
  • Yang jelas, mereka memerlukan janji konkrit yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan penghidupan seharian mereka. Hujan lebat sejak tiga hari lalu bukan menyekat kelancaran kempen petugas Barisan Nasional (BN) dan PKR, malah menyerlahkan masalah penduduk yang 'nilai pelaburannya' tidak sebesar mana jika mahu diatasi, namun sudah berlarutan hampir 10 tahun lalu. Beberapa kawasan kampung dalam Parlimen ini semalam – Taman Siakap, Kampung Belah Dua dan Kampung Permatang Rawa Hujung mengalami banjir kilat akibat masalah sistem pengairan. Selain itu, laluan utama penduduk Permatang Pauh ke Kedah melalui Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth juga tersekat akibat ditakungi air kira-kira setengah meter.
  • Bagi calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, Permatang Pauh tidak perlu personaliti yang dikenali di seluruh dunia. Padanya, Permatang Pauh hanya perlu pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah asas penduduk setempat. Sambil merujuk masalah banjir kilat itu, beliau berkata, Dr Wan Azizah tidak pernah membangkitkan perkara itu di Parlimen walaupun mengetahui ia berlaku sejak beberapa tahun lalu. Kita mungkin memahami hambatan yang dihadapi oleh Dr Wan Azizah akibat berlawanan 'kem' dengan Kerajaan Pusat, namun dalam meniti keperluan mendatang, adalah wajar jika Ahli Parlimen Permatang Pauh dipilih daripada mereka yang berupaya mendapatkan peruntukan terus daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah mereka. Jika sebelum ini, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya mengakui gagal dalam usahanya membantu mengatasi masalah itu akibat kekangan kewangan kerajaan negeri, pemilihannya sebagai Ahli Parlimen mungkin berupaya mendapatkan peruntukan terus daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Tepuk dada tanya selera.
  • Pengundi Permatang Pauh boleh memilih calon yang uar-uarkan dirinya bakal menjadi Perdana Menteri dan mereka juga tidak boleh menolak sama sekali calon BN yang sudah memberi komitmen bahawa 'orang tidak dikenali di dunia' juga mampu menabur bakti di Permatang Pauh.
  • Penduduk Permatang Pauh sebenarnya memerlukan seorang pemimpin yang sanggup berdamping dengan rakyat tanpa mengira masa, sama ada waktu senang mahupun susah. Bolehkah seorang pemimpin yang sentiasa berada di ibu negara, memberi sokongan moral kepada penduduk yang menderita dilanda banjir dan kebakaran atau ketika kecemasan.

Wednesday, August 20, 2008

Pilihan raya kecil dan pembangunan tempatan

Semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin rancak dan hangat, akhbar melapurkan seorang ibu dan anak perempuannya yang menunggang sebuah basikal terjatuh ke dalam longkang besar ketika hujan lebat di Berapit berdekatan Bandar Bukit Mertajam pada 18 Ogos 2008.

Mayat anak dijumpai sehari selepas itu, manakala operasi diteruskan untuk mencari ibu yang masih hilang. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Kejadian ini membawa dua mesej yang perlu kita ambil perhatian:

1. golongan miskin memerlukan perhatian lebih

2. mutu infrastruktur perlu ditingkatkan

Rakyat negara kita masih ada yang miskin dan perlu dibantu dalam pelbagai aspek. Dalam insiden ini, ibu terpaksa membawa anaknya dengan basikal ke tempat tuisyen semasa hujan lebat. Keluarga ini harus mempunyai alternatif yang lebih selesa dan selamat untuk menghantar anak ke pusat tiusyen semasa cuaca buruk.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan atau PBT mungkin perlu bertanggungjawab ke atas kes kematian memandangkan pihak berkuasa yang mengabaikan keselamatan awam.

Selepas insiden ini, rakyat tempatan atau pengundi Permatang Pauh yang akan mengundi pada 26 Ogos ini harus berfikir dan membuat keputusan bijak untuk memilih calon yang akan mewakili mereka ke Parlimen:-



  1. sama ada memilih wakil rakyat yang mampu memberi khidmat yang ikhlas dan jujur, mudah berkomunikasi dan telah menunjukkan komitmen semasa berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, atau


  2. memilih seorang calon yang mana pendirian, keikhlasan dan kelakuannya yang meragukan serta sering mengutamakan perhubungan global atau antarabangsa untuk mendapatkan sokongan politik

Memandangkan kawasan Permatang Pauh dan Bukit Mertajam masih dalam proses pembangunan, maka sudah tentu rakyat mengharapkan kemudahan asas yang berkualiti, sempurna, indah serta selamat.


Di samping itu, masalah kehidupan dan ekonomi rakyat tempatan perlu diberi perhatian dan diteliti oleh wakil yang berjiwa rakyat untuk membantu mereka dan menyuarakan segala masalah kepada pihak atasan untuk mendapatkan perhatian dan penyelesaian.

Oleh itu, 26 haribulan Ogos ini merupakan hari yang penting bagi pengundi Parmatang Pauh membuat keputusan untuk memperoleh perkhidmatan wakil rakyat yang konkrit dan membawa pembangunan kepada kawasan mereka.

Monday, August 18, 2008

Pilihan raya kecil, hati panas

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang membelasah dua jurugambar pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Sabtu lalu. Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata demikian ketika ditemui pemberita Berita Harian di lobi Parlimen hari ini. Pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan bukti pihak yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Menurut akhbar harian ini juga, polis memberi jaminan akan membuat pemantauan berterusan bagi mengelak berulangnya kejadian tidak diingini sepanjang kempen pilihan raya kecil itu. Jaminan itu diberi Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menyifatkan tindakan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang dua jurugambar itu sebagai amat memalukan. Perdana Menteri berkata, semua pihak patut menggunakan proses demokrasi dengan cara yang betul untuk berkempen bagi memilih wakil masing-masing ke Parlimen.

"Bertindak liar, ganas dan mencederakan seseorang itu adalah satu kesalahan jenayah dan pihak terbabit patut dikenakan tindakan," kataTimbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jawatankuasa dan pegawai masjid serta pemimpin masyarakat Cina Parlimen Permatang Pauh di Seberang Jaya dekat sini, semalam.

Dalam kejadian berdekatan pusat penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun itu, jurugambar The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Mohd Sairien Nafis, 26, cedera di pinggang, manakala kameranya bernilai kira-kira RM15,000 dirampas penyokong PKR. Turut diserang dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu ialah jurugambar agensi berita asing, Halim Berbar. Abdullah berkata, semua pihak perlu menghormati undang-undang dan tidak bertindak sesuka hati.

"Kalau berlaku macam itu, ia menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang dan nak harapkan orang seperti ini membantu memenangkan calon mereka. Ini tidak wajar sebenarnya," kata PM.

PM menegaskan, walaupun rakyat diberi kebebasan memilih wakil mereka, ia ada had dan bukan dengan mengadakan demonstrasi. "Inikah demokrasi yang dikatakan oleh pihak Barat, mesti ada demonstrasi untuk menuntut kebebasan, seolah-olah negara ini tidak ada kebebasan. "Surat khabar macam-macam tulis dan mengata kita dan internet juga, tetapi orang kata masih tidak bebas lagi. Nak bebas macam mana, saya pun hairan apa kebebasan yang dituntut sekarang. Mana boleh kebebasan yang tiada had dalam dunia ini," katanya.

Walau bagaimanapun keadaan di Permatang Pauh masih selamat dan terkawal. Demikian laporan BH 18.8.08.

Sebagai pengundi yang bijak, perlulah berfikir masak-masak tentang perkara ini sebelum mengundi. Sikap bongkak, ganas, kaki lawan, tidak berdisiplin, pelampau dan sebagainya telah wujud di kalangan yang berangan-berangan untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara ini.

Saturday, August 16, 2008

Jalan-jalan di Permatang Pauh


Hari membuang undi bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos 2008 dan hari penamaan calon pula jatuh pada 16 Ogos ini.


Ramai telah datang ke Permatang Pauh, untuk tujuan apa? Tentulah tolong berkempen, bagi sokongan kepada apa yang patut disokong.....tapi jangan sokong membawa rebah! Ada juga orang yang datang ke mari untuk meninjau "pasaran" supaya dapat membuat penilaian bagi memudahkan "pertaruhan" agar dia dapat keputusan yang tepat dan memang.


Kaki judi tak kira parti mana yang menang, janji pertaruhan dia mendatangkan hasil, kalau kaki judi ini seorang pengundi, maka pengundi inilah seorang pengundi yang paling rendah mutunya, tak faham apa tujuan mengundi.


Pengundi yang standard tinggi mestilah faham apa yang mereka mahu daripada pilihan raya kecil ini.


Salah satu cara untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili pengundi kawasan ini ialah memilih seorang calon yang tidak menimbulkan keraguan.



Sebagai pengundi yang bijak dan mempunyai daya analisis tersendiri, perlu menyoal ke atas perkara-perkara yang menimbulkan keraguan dan jangan memberi sokongan secara membuta tuli.



Kalau kita tidak mendapatkan penjelasan yang sejelas-jelasnya tentang apa yang kita akan putuskan, maka keputusan yang kita lakukan itu bukanlah satu keputusan yang tepat. Contohnya kita menyelesaikan perosalan mathematik, sekiranya timbul keraguan, kita perlu memahami masalah sebenar dan mendapatkan penjelasan, memahaminya dan barulah dapat kita teruskan proses selanjutnya untuk menyelesaikan soalan mathematik.


Proses pilih wakil rakyat juga juga merupakan proses membuat keputusan teliti selepas semua keraguan dijelaskan, barulah kita membuat keputusan.


Pengundi Permatang Pauh perlu menganalisis ketiga-tiga calon yang bertanding, dapatkan maklumat yang sahih dan memastikan seseorang calon yang akan dipilih itu bebas daripada sebarang keraguan.


Selamat berkempen dan selamat mengundi.

Friday, August 1, 2008

Jimat cermat, alam sekitar dan gaya hidup


Minyak naik, barang naik, semua harga barangan dan bayaran perkhidmatan naik naik naik .....

So bagaimana, apa nak buat ???

Dua cara:

1. Cari wang lebih

2. Jimat lebih

Kalau tak dapat cari wang lebih, maka perlulah jimat sebanyak yang mungkin.....

Di samping kita jimat cermat fikirlah juga untuk selamatkan bumi kita....

Zaman kemelesetan ini merupakan waktu kita berfikir dan merenung untuk masa depan generasi akan datang.

Dalam waktu kita fikirkan langkah-langkah berjimat cermat, perkara penting yang perlu kita fikir besama ialah tentang pemeliharaan sumber asli.

Kita perlu memastikan bumi ini tidak tercemar dan sesuai untuk hidup dengan selesa.

Oleh itu, sikap berjimat cermat akan membawa makna yang lebih besar sekiranya kita kaitkan dengan sikap untuk menyelematkan bumi.

Untuk mencapai matlamat ini, maka haruslah kita ubah gaya hidup.Gaya hidup yang mementingkan:

1. kitar semula

2. guna semula, dan

3. mengurangkan pengunaan

Bahan-bahan yang ingin dibuang jangan terus buang begitu sahaja, fikir dulu tentang kegunaannya, asingkan dan hantar ke pusat kitar semula. Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan NGO perlulah banyakkan kempen kitar semula supaya orang ramai mudah menghantar barang-barang yang sesuai untuk dikitar semula untuk diproses.

Selain itu, kita perlu fikirkan apakah bahan yang boleh diguna semula, guna semula bermaksud kita dapat jimatkan wang.Mengurangkan penggunaan bahan-bahan seperti plastik dan barang-barang yang kurang mesra alam adalah penting bagi menyelematkan bumi kita.

Bawalah bag sendiri untuk membeli belah dan tidak menggunakan plastik...ubah gaya hidup, gaya beli dan peniaga-peniaga perlu ubah gaya jual....

Kemelesatan ekonomi dan krisis tenaga memang berkait rapat dengan sikap jimat cermat, isu alam sekitar dan gaya hidup dan ada kaitan dengan "infrastruktur kelas pertama tetapi minda kelas ketiga"

Fikirrrr lah lu ......