Tuesday, November 11, 2008

Obama, Oh Malaysia!

1. Barack Obama, orang kulit hitam yang tidak berapa hitam telah menang jawatan Presiden Amerika Syarikat, tahniah, congratulation 2u mr president!

2. Khamis lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.

3. Oh ya, belum terlewat mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ong kerana telah memenangi jawatan Presiden MCA, gong xi, gong xi! kexi kehe, zhongxuan chenwei mahua zong hui chang.可喜可贺中选成为马华总会长.

4. Dengan mengambil Obama sebagai contoh, Tee Keat berkata: ‘‘Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).”Tindakan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS dipersoalkan banyak pihak kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera.

5. Kenyataan Datuk Seri Ong Tee Keat kelihatan ada seni dari segi percakapannya.

6. Dalam masa peralihan kuasa pucuk pimpinan negara, negara masih belum pulih dari tsunami politik dan kini dilanda tsunami ekonomi global, isu perkauman, isu bahasa, isu hak asasi manusia, isu agama, isu pendidikan, isu demi isu, isu kebebasan media....negara ini penuh dengan isu.

7. Tetapi adakah para pemimpin negara ini, pemimpin BN dan PR, sedar apakah isu yang sebenarnya di sebalik isu-isu ini?

8. Sikap manusia sebenarnya merupakan isu utama. Isu-isu ini timbul kerana pemikiran dan sikap manusia.

9. Isu yang sebenar ialah isu yang berpunca dari manusia. Kalau isu berpunca dari manusia itu selesai maka isu-isu yang ada akan selesai dengan secara automayiknya.

10. Manusia perlu berbalik kepada perkara yang asal. Salah satunya ialah berpegang pada prinsip, termasuk prinsip agama.

11. Prinsip persamaan yang diajar agama adalah penting. Prinsip ini penting agar tidak ada makhluk ciptaan tuhan ini teraniaya. Kalau kita aniaya manusia lain, bermaksud kita tidak hormati tuhan.

12. Kalau manusia tidak merasakan sesuatu yang tidak betul, mereka tidak akan bertindak untuk memperbetulkan keadaan, kalau tiada kudis di kepala, siapa nak dibotakkan ? Tetapi satu lagi prinsip penting yang diajar agama ialah jangan tamak dan jangan berdegil. Tamakkan sesuatu dan berdegil tentang bahawa diri sendiri sajaha yang betul, orang lain semuanya salah pun tak boleh juga, fikirkan lah!

13. Kita boleh belajar dari pengundi Amerika Syarikat yang membuat keputusan secara rasional dan bersahaja. Kalau orang itu sesuai, maka pilih sahajalah, Oh! Obama... d world need u.