Friday, February 27, 2009

Tol

Kadar kenaikan tol di lima lebuh raya di antara 0.68 sehingga 0.50 sen yang akan berkuat kuasa 1 Mach ini pasti akan membebankan pengguna.

Mengapakah kenaikan tol ini dilaksanakan pada masa krisis ekonomi sekarang?

Tidakkah kerajaan akan membentangkan pakej rangsangan ekonomi di Parliamen untuk membantu rakyat yang terjejas oleh krisis ekonomi dunia?

Bank-bank dan institusi kewangan telah pun menampil untuk melanjutkan tempoh bayaran pinjaman untuk mengurangkan bayaran bulanan.

Tandatanya ditimbul di kalangan ramai bahawa haruskah kenaikan tol perlu dilaksanakan dalam situasi sekarang di mana 800,000 orang kehilangan kerja?

Bilangan kenderan yang menggunakan lebuh raya semakin meningkat dan ini bermakna pendapatan dari kutipan tol pun meningkat.

Justeru itu, pemegang-pemegang konsesi tol tidak harus mendakwa mereka mengalami kerugian. Pengumuman kenaikan tol telah mengejutkan dan mengecewakan orang ramai.


Pengumuman ini nyata menghampakan rakyat dan kurang prihatin lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sedang meleset.

Pengumuman ini akan menjejas prestasi pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. Pengumuman ini tidak tepat pada masanya, walaupun mungkin ia akan ditarik balik atau ditangguhkan, tetapi “kerosakan” telah berlaku. Ia menguntungkan parti pembangkang.

Pembelian balik konsesi lebuh raya yang dicadangkan pembangkang nyata telah mendapat sambutan orang ramai dan penjelasan pihak kerajaan tentang kenapa konsesi lebuh raya tidak boleh dibeli balik oleh kerajaan perlu dijelaskan sebelum pilihan raya kecil di adakan.

Tol merupakan perkara sensitif bagi rakyat dan ia berkaitan beban yang dipikul oleh rakyat dalam zaman susah ini.