Thursday, June 26, 2008

Kebijaksanaan dalam pengurusan wang


Dunia mengalami kemelesetan dalam ekonomi akibat peningkatan harga bahan api, inflasi berlaku dan pasaran dijangka menjadi semakin lembab.

Orang ramai kekurangan wang untuk dibelanjakan.

Nilai sebenar bagi pendapatan kita telah berkurangan kerana harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat. Oleh itu, kita semua perlu berubah dari segi trend perbelanjaan. Kita harus lebih menjurus kepada belanja dengan cara berhati-hati dan berjimat cermat.

Pakar pengurusan wang berkata masa sekarang bukan sahaja kita perlu ada IQ dan EQ malah kita perlu ada FQ yang khusus bagi pengurusan wang ringgit kita.

Berjaya atau tidak seseorang dalam pengurusan kewangan bergantung pada FQnya. Sama ada seseorang itu mampu menguruskan kewangannya dan mendatangkan hasil dengan pelaburan, mengekalkannya dan membawa kegembiraan dan bukannya beban kepadanya.

Terdapat dua jenis kuasa yang mempengaruhi kejayaan seseorang iaitu profesionalisme dan kekuatan kewangan.