1. Pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau mencipta rekod dengan pertandingan 15 penjuru apabila proses penamaan calon selesai pada tengah hari 29.3.09.
2. Sehari selepas penamaan calon, awal-awal pagi lagi telah kelihatan calon bebas yang membawa lambang basikal mumcul di kawasan pusat penjaja dan warong makan bagi mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan orang ramai di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.
3. Ada juga wakil-wakil rakyat dari negeri lain turut bersalam dengan orang ramai tetapi pengundi tempatan tidak mengenali mereka melainkan mereka memperkenalkan diri.
4. Selain poster-poster BN dan PKR, beberapa orang calon bebas juga turut menaikkan poster-poster mereka, ada kunci, ada buku, ada kapal terbang dan lain-lain lagi. Calon bebas bertindak cepat dan sanggup berbelanja besar untuk berkempen agar menang.
5. Rupa-rupanya pilihan raya kecil juga memainkan peranan untuk merangsang ekonomi tempatan, lebih ramai calon yang bertanding lagi aktiflah pasaran ekonomi tempatan ataupun lagi mengelirukan pengundi...
6. Walau bagaimanapun ini adalah satu proses demokrasi tetap pengundi harus berhati-hati dan membuat analisis secara tenang sebelum mengundi.
7. Dalam suasana kelembapan ekonomi global ini, rakyat perlu memberi kerjasama dan yakin kepada pemerintah agar dasar kerajaan atau pakej rangsangan ekonomi memperoleh kesan yang maksimum.
8. Oleh itu, masa sekarang adalah amat penting bagi kita melantik seorang wakil rakyat yang sesuai bagi memastikan perhubungan di peringkat negeri dan kerajaan pusat berjalan lancar dan hasrat serta kehendak rakyat disampaikan ke peringkat pusat.
9. Setiap undi bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau ini adalah penting bagi memastikan kerajaan pusat meneruskan projek rangsangan ekonomi agar negara ini tidak mengalami suasana ekonomi yang lebih teruk dan menyebabkan ramai yang menganggur.
10. Sokongan rakyat bagi memastikan kestabilan ekonomi negara akan mebawa pembangunan dan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat pada keseluruhannya.
11. Sokongan rakyat yang jitu dan kuat akan membolehkan kerajaan pusat membawa lebih banyak projek pembangunan dan kemakmuran.
Tuesday, March 31, 2009
Monday, March 30, 2009
Calon mewakili kerajaan pusat
Calon dari BN-MIC, Datuk S. Ganesan yang bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau mampu membawa pembangunan kepada kawasan itu sekiranya dipilih, kerana beliau disokong oleh Barisan Nasional (BN) pada peringkat persekutuan, kata Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Menyifatkan Ganesan, bekas anggota Dewan Undangan Negeri Lunas, timbalan pengerusi MIC Kedah dan seorang peguam sebagai pilihan tepat, Samy Vellu berkata MIC telah membuat persediaan untuk menghadapi pembangkang.
Calon MIC ini berumur 49 tahun dilahirkan di Ladang Sungai Division, Sungai Petani dan berkelulusan jurusan ekonomi dari Universiti Malaya dan telah melanjutkan pengajian di Universiti Anglia, Landon pada 1985 dalam bidang undang-undang.
Beliau sekarang berkerja sebagai peguam dan merupakan timbalan pengerusi MIC Kedah sejak 2004 hingga sekarang.
Beliau juga merupakan mantan ADUN Lunas ( 2004 - 2008)
Sunday, March 29, 2009
Kerajaan camuran DAP, PKR dan PAS gagal menunaikan janji
Timbalan Presiden MCA Datuk Sri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini berkata di Sungai Petani bahawa kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS tidak berpengalaman dalam mentadbir negeri selain Kelantan kerana mereka telah sekian lama berperanan sebagai parti pembangkang.
Beliau berkata selain negeri Pulau Pinang, kerajaan campuran ini tidak mempunyai perancangan dan dasar jangka pendek, sederhana dan panjang bagi pembangunan negeri masing-masing selain membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan sebelumnya.
Menifesto dan janji-janji kerajaan PAS ini termasuk menyelesaikan masalah sampah, mengkaji semula cukai tanah dan cukai pintu, membina pusat jagaan kanak-kanak di kilang-kilang besar, pinjaman tanpa faedah bagi kakitangan awam dan menjadikan Kedah negeri kabajikan.
Semua janji ini umpama "mendengar bunyi kat tangga tetapi tidak melihat sesiapa yang turun dari atas."

Kerajaan campuran ini cuma mengumumkan perkara jangka pendek bagi memikat hati rakyat dan ini amat tidak sihat bagi iklim pelaburan dan ia akan mendatangkan kesan negatif pada pembangunan negeri.
Selain dari itu, Dr Chua juga membidas kerajaan negeri Kedah dalam tempoh setahun pemerintahan ini, langsung tidak menunaikan janji-janji yang telah dibuat semasa kempen pilihan raya umum yang lalu.
Menifesto dan janji-janji kerajaan PAS ini termasuk menyelesaikan masalah sampah, mengkaji semula cukai tanah dan cukai pintu, membina pusat jagaan kanak-kanak di kilang-kilang besar, pinjaman tanpa faedah bagi kakitangan awam dan menjadikan Kedah negeri kabajikan.
Semua janji ini umpama "mendengar bunyi kat tangga tetapi tidak melihat sesiapa yang turun dari atas."
Kerajaan campuran Kedah ini bukan sahaja tidak melayan semua lapisan secara adil malah mengenakan kuota 50 peratus rumah diberi kepada Bumiputera yang menyebabkan projek perumahan tidak berkembang maju.
Selain itu, sistem penyampaian kerajaan tempatan juga tidak cekap, ada kakitangan awam yang menyalahgunakan kuasa, rasuah, semua ini masih wujud.
Selain itu, sistem pengangkutan dan keselamatan masih belum dipertingkatkan, kata Dr Chua.
(Kwong Wah Yit Poh 29.3.09 )
Friday, March 27, 2009
国阵正视诉求以取信予民
Thursday, March 26, 2009
Sekat rakyat cepatkan Umno berkubur
Malaysiakini pada pagi 26 Mac melaporkan bahawa Perdana Menteri Pak Lah berkata Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan "order lama" yang tidak disenangi masyarakat, termasuk menyekat kebebasan rakyat.
Presiden Umno ini berkata "mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama - kepada order lama, dengan menyekat kebebasan warga - dengan menghalang warga dari menyuarakan kritikan."
"Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang."
"Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang."
"Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno."Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini."
Ucapan dasar terakhirnya bertema "Masa Depan dan Survival Parti", kedengaran bernada cemas seperti juga beberapa pemimpin kanan parti, imbas kembali penglibatan lamanya dalam Umno dan ramuan untuk parti itu mengorak langkah kedepan.
Abdullah juga menyatakan dukungan terbuka kepada penggantinya Datuk Seri Najib Razak, selain mengucapkan terima kasih kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan memohon maaf atas kegagalan janji reformasinya.
"Saya percaya, saya menyerahkan tanggung jawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara. "Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang."
"Saya sendiri berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada presiden Umno yang baru, kepada perdana menteri Malaysia yang baru," katanya.
"Saya berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana melantik saya menganggotai jemaah menteri, melantik saya sebagai timbalan perdana menteri dan akhirnya memberikan laluan kepada saya menggantikan beliau sebagai perdana menteri."Abdullah bagaimanapun tidak menyentuh isu atau tanggal rasmi peralihan kuasa kepada timbalannya.
Dalam ucapan dasar lebih sejam - yang bertukar ucapan perpisahan - bermula kira-kira jam 10 pagi, beliau menyebut lima faktor yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap Umno:
Setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin Umno tidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.
Tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.
Program-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasi muda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.
Perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.
Sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak – bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah parti yang korup.
"Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno. Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untuk orang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya.
"Akhirnya susulan dari gerakan tersusun menyerang dan mencalarkan Umno secara berterusan, minda warga berjaya diracun, hingga sampai ke tahap warga pada hari ini, tanpa penilaian rasional dan objektif begitu mudah mempercayai dan menerima setiap fitnah yang dilemparkan kepada Umno," tambahnya.
Kempen reformasi parti itu bagaimanapun diucapkan dalam nada amaran, bimbang Umno dan BN akan terkubur dalam pilihanraya umum akan datang."Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan. "Selepas ini, rakyat di luar dewan ini tidak akan mengundi kita lagi.
"Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama. Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa 'Umno wajib melakukan perubahan'," kata Abdullah. "Apa yang saya ingin dengar, adalah suara yang menyatakan 'Aku akan berubah', lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri.
"Betapa malangnya Umno jika ramai yang gagal memahami bahawa Umno itu adalah kita, selagi kita tidak berubah, Umno tidak mungkin dapat berubah.
Wednesday, March 25, 2009
Calon bebas minat dengan Bukit Selambau
1. Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau mungkin muncul ramai calon bebas, 10 jari pun tak habis bilang!
3. Pihak SPR telah menyediakan 20 lambang untuk dipilih dan digunapakai untuk berkempen oleh calon-calon bebas ini dan ini memudahkan para pengundi supaya tidak perlu ingat nama calon, cuma ingat lambang sahaja semasa pangkah kertas undi.
5. Adakah janji-janji calon bebas ini dapat ditunaikan ?
2. Tunggulah sehingga hari penamaan calon, mungkin ini satu rekod dengan pilihan raya kecil yang paling banyak calon bebas. Satu rekod yang dicipta oleh orang Bkt Selambau, dan kawasan ini akan terkenal selama-lamanya dengan rekod ini. Calon-calon bebas ini ada Melayu, Cina dan India pula, semangat muhibah pun ada.
3. Pihak SPR telah menyediakan 20 lambang untuk dipilih dan digunapakai untuk berkempen oleh calon-calon bebas ini dan ini memudahkan para pengundi supaya tidak perlu ingat nama calon, cuma ingat lambang sahaja semasa pangkah kertas undi.
4. Ada yang mengatakan calon bebas ini memberi peluang atau pun pilihan ke tiga selepas BN dan pakatan pembangkang.
5. Adakah janji-janji calon bebas ini dapat ditunaikan ?
6. Adakah undi yang tidak terfokus ini akan membawa kebaikan kepada kawasan ini? Atau pun ia upama undi rosak?
7. Oleh itu, pengundi Bkt Selambau perlu memikir semula perkara ini dan memberi tumpuan kepada calon yang mampu menunaikan janji-janji dan mendapat sokongan kuat daripada kerajaan pusat yang akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang baru dan telah menjanjikan untuk melakukan perubahan dalam parti dan kerajaan tidak lama lagi.
Monday, March 23, 2009
Ekonomi dan Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau
1. Pengundi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau yang merangkumi sebahagian bandar Sungai Petani, Kedah sekali lagi akan menunaikan hak mengundi mereka selepas setahun berlangsungnya Pilihan Raya Umum 2008.
2. Isu ekonomi sudah pasti menjadi isu hangat semasa kempen berlangsung ketika negara sedang menghadapi krisis ekonomi global.
3. Semua pihak termasuk negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS menantikan kesan daripada pakej rangsangan ekonomi negara pertama dan ke dua (mini bajet) untuk memberi rangsangan kepada pasaran tempatan.
4. Kerajaan pusat memainkan peranan proaktif dalam meningkatkan daya pasaran dalam negara dan sedang berusaha merangka serta bertindak secara strategik bagi mengatasi isu ini agar ekonomi negara tidak mengalami kelembapan berikut kekurangan eksport dan permintaan dalam negara.
5. Banyak kilang dan industri di sekitar kawasan Bkt Selambau dan sekitar Bandar Sungai Petani. Kawasan ini pesat membangun sejak zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Kemudahan asas seperti jalan-jalan raya di kawasan perindustrian dirancang dengan baik.
6. Jalan-jalan utama Bukit Selambau sibuk penuh dengan kenderaan ringan dan berat. Keadaan akan bertambah sibuk apabila kempen pilihan raya kecil bermula selepas penamaan calon sehinggalah hari mengundi.
7. Pengundi Bkt Selambau perlu mengambil kesempatan ini untuk membuat analisis ke atas keadaan politik, ekonomi, pembangunan dan pelbagai aspek kehidupan ketika ini bagi menghasilkan satu keputusan yang paling bijak pada hari mengundi.
8. Jangan mengundi secara beremosi.
9. Bersama-sama kita kekalkan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutamanya dalam masa susah ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)