Pengurusan dan pemeliharaan bangunan warisan di Melaka amat mendukacitakan pencinta warisan.
Ada bangunan di kawasan Warisan Dunia ini telah diubahsuai secara sesuka hati dan dijadikan kawasan komersial.
Tambahan pula keadaan yang amat menghampakan ialah terdapat bangunan warisan ini diubahsuai dan dijadikan rumah burung layang-layang untuk menghasilkan sarang burung yang tinggi harganya.
Suasana yang gelap, lembap dan kotor menjadikan bangunan bersebelahan menjadi mangsa dan turut menjejas struktur serta kekuatan bangunan di Bandar Hilir ini.
T.Y Tay dari Sin Chew Daily (28.9.09 ms 22) kesal dengan sikap kerajaan negeri/pihak berkuasa tempatan dan kerajaan pusat yang tidak menguruskan tapak dan bangunan warisan dengan sistematik dan secara profesional.
Beliau mencadangkan pengawalan trafik, alam sekitar, keselamatan dan sebagainya ditingkatkan.
Pemeliharaan tapak warisan seharusnya lebih profesional dan penguatkuasaan yang ketat juga diperlukan agar warisan negara ini tidak terjejas dari segi struktur dan juga nilai budayanya.
Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu serius dan komited dengan usaha ini agar negara ini memperoleh manfaat dari warisan ini dan generasi akan datang bangga dengan warisan yang ada.
Monday, September 28, 2009
Thursday, September 24, 2009
Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang
Pilihan Raya Kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, N. Sembilan akan berlangsung dalam masa terdekat ini.
Calon bagi ke dua-dua pihak yang dijangka bertanding belum lagi muncul. Mungkin akan ada pihak ketiga, atau calon bebas akan bertanding, kerana ini kawasan strategik, bagi BN-UMNO dan juga Pakatan Rakyat-PAS.
Sekiranya majoriti BN berjaya dikurangkan, maka BN kalah dari segi moral dan PAS dianggap menang dalam kalah.
BN sudah pasti berhati-hati dalam meletakkan calon yang paling sesuai lagipun bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang berpengaruh telah pun bersuara membantah calon yang dianggap ada rekod "hitam".
Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dianggap "jangka suhu" bagi mengukur sejauh mana prestasi pilihan raya umum akan datang di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak.
Adalah dijangka sokongan pengundi di kawasan kem askar terhadap BN akan tetap kukuh dan arah tuju serta sokongan pengundi di daerah pengundi yang lain harus dinilai dan dikaji berasaskan sokongan yang akan diumumnkan nanti.
Bagi memastikan kemenangan kekal dalam tangan BN, faktor calon adalah penting dan BN perlu mengetepikan segala tanggapan negatif yang ada agar mudah berkempen dan tiada bahan yang tersedia diserang oleh pihak lawan.
BN harus lebih berani, khususnya selepas tsunami politik pada pilihan raya umum yang lepas agar memaparkan komitmen yang membawa perubahan dan memcantas segala kekangan yang menghalang kemaraan BN dalam segala pilihan raya, tidak kira kecil atau besar bak pepatah Cina berkata "biar sakit sebentar asalkan tidak bertambah larut 长痛不如短痛".
BN perlu cekap dalam mengatasi sebarang kekangan dan kelemahan yang ada atau yang diwarisi supaya perkara-perkara negatif ini tidak menjejas prestasinya dan diharap pengundi akan memberi pertimbangan ke atas perubahan yang dilakukan BN, ini termasuk kes PKFZ yang sedang diketengahkan oleh Menteri Pengangkutan Dato' Sri Ong Tee Keat.

Jonker Walk
Saya sering kunjung ke Jonker Walk Melaka
tahniah kepada kerajaan negeri dan NGO yang mereka cipta destinasi ini
semasa bercuti dan berjalan-jalan
kadang-kadang bawa bersama kawan-kawan
dan saudara mara dari jauh
destinasi pelancongan ini berjaya menjadi tarikan utama negeri Melaka
tahniah kepada kerajaan negeri dan NGO yang mereka cipta destinasi ini
tetapi
mereka yang melayan pelangganyang menjual produk pelancongan
khususnya mereka yang berkedai
yang menjual biskut nenas/pineapple tarts dan makanan
tolonglah
seyum sedikit
belajarlah cara-cara melayan pelanggan/ pelancong dengan mesra
dan bersabar
juga jangan lupa
barang-barang jualan harus bertanda harga
dan yang penting
bagi produk makanan
mestilah mempunyai tarikh luput dan maklumat pengeluar
agar pembeli lebih yakin
peniaga-peniaga di Jonker Walk harus
mempamirkan budaya yang lebih mesra
bahasa yang lembut dan PR yang baik
sebab ini juga
budaya yang harus ada pada warga
yang hidup/mencari rezeki di
Jonker Walk, Jalan Budaya 文化街
kemesraan itu juga merupakan budaya
Subscribe to:
Posts (Atom)