Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau membantah cadangan sistem sekolah satu aliran kerana “kita tidak boleh memaksa kaum lain meninggalkan ciri-ciri mereka dan menjadi orang Melayu”. Tambah beliau, gagasan 1Malaysia membenarkan semua kaum menggunakan dan memelihara bahasa ibunda. Sekolah Jenis Kebangsaan harus diteruskan asalkan Bahasa Malaysia diajar agar bahasa ini menjadi bahasa komunikasi dan interaksi untuk memupuk perpaduan nasional.
Nazri dianggap media dan masyarakat Cina sebagai salah seorang pemimpin yang mempunyai minda terbuka dan berwawasan 1Malaysia.
Pandangan beliau disambut baik semua pihak yang ingin melihat negara ini menjadi sebuah negara yang benar-benar terbuka, bebas dan menghormati kepelbagaian di negara ini.
Tuesday, December 29, 2009
Pandu perlahan boleh mengantuk !
Seorang pemandu bas ekspres berkata pandu secara perlahan akan menyebabkan dia mengantuk. Seorang penumpang bas ekspres merayu kepada Sin Chew Daily bahawa beliau mendapat jawapan demikian ketika bertanya pemandu kenapa memandu laju. Penumpang ini menaiki bas ekspres yang dipandu seorang pemandu yang bukan sahaja memandu dengan laju tetapi berlumba-lumba. Pemandu juga marah dengan penumpang yang merungut dan memberi alasan bahawa “pandu laju kena marah, pandu perlahan juga kena marah”.
Pemandu yang tidak berpendidikan tentang kepentingan keselamatan dan tidak menghormati nyawa orang lain harus disingkir dari profesion ini.
Ujian psikologi dan sikap harus dilaksanakan bagi memilih pemandu yang benar-benar bertanggungjawab.
Pemandu yang tidak berpendidikan tentang kepentingan keselamatan dan tidak menghormati nyawa orang lain harus disingkir dari profesion ini.
Ujian psikologi dan sikap harus dilaksanakan bagi memilih pemandu yang benar-benar bertanggungjawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)