Tuesday, October 18, 2011

Konsep 1Malaysia : 12348

Gagasan 1Malaysia merupakan usaha Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengekalkan semangat perpaduan rakyat dalam negara Malaysia yang mana rakyatnya berbilang kaum, agama dan kebudayaan.

1Malaysia merupakan penerusan agenda membina negara dengan melakukan transformasi dari segi pendekatan tetapi pada asasnya tidak lari dari tajuk utama, iaitu perpaduan.

Konsep ini merangkumi lima sekmen penting yang saya namakan 12348:-

1 Malaysia

2 Slogan komitmen
Rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan

3 Teras perpaduan
penerimaan,
prinsip kenegaraan (Rukun Negara/Perlembagaan,
keadilan sosial

4 Nilai murni
Hormat menghormati,
Rendah diri,
Kesederhanaan,
Berbudi bahasa

8 Nilai aspirasi
Budaya berprestasi tinggi,
Budaya ketepatan,
Budaya ilmu
Integriti,
Ketabahan,
Kesetiaan,
Kebijaksanaan,
Budaya inovasi

Tuesday, May 3, 2011

Kenapa Cina tidak sokong BN

Masyarakat Cina ingin melihat konsep 1Malaysia yang benar-benar direalisasikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan kakitangan awam. Di samping itu, semua kaum dilayan dengan adil dan saksama, maka mereka akan memberi sokongan kepada BN dan MCA.

Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, konsep 1Malaysia yang diamalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat baik, tetapi perlu berlaku adil semasa melaksanakan dasar-dasar Kerajaan agar memanfaatkan rakyat berbilang kaum.

Kata Pheng, terdapat “little Napoleon” dalam perkhidmatan awam dan penyeliaan serta pemantauan yang longgar kerana faktor jarak menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Kerajaan.

Rakyat bukan Bumiputera hendakkan keadilan bukanya kesamarataan, mereka tidak tamak dan mereka juga berharap semasa menjalankan aktiviti harian untuk mencari rezeki, tidak ada "gangguan" daripada pihak penguatkuasa, misalnya.

Friday, April 1, 2011

Pengurusan Dana Awam

Berita berkenaan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang membelanjakan RM4.3 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan 201 lampu isyarat digital telah mencetuskan persoalan apakah keistimewaan lampu isyarat tersebut?

Mengapa memerlukan begitu besar jumlah wang untuk menyelenggarakan lampu-lampu isyarat tersebut? Sememangnya MPSP perlu memberikan penjelasan yang munasabah.

Sekiranya berlaku penyelewengan, tindakan segara harus diambil terhadap mereka yang terlibat.

Wang yang dibelanjakan merupakan hasil titik peluh rakyat. Dengan itu, Kerajaan negeri dan tempatan harus berhati-hati dalam menentukan kualiti lampu isyarat atau lain-lain peralatan yang akan diperoleh/dibeli.

Isu perbelanjaan dana awam secara sesuka hati dan membeli barangan dengan harga yang terlalui tinggi sehingga kadang-kadang dianggap tidak logik langsung merupakan perkara yang mudah menaikkan kemarahan pengundi terhadap kerajaan, tidak kira Kerajaan yang dikuasai BN atau Pembangkang.

Pengundi, khususnya pengundi Cina, amat sensitif dengan kos dan penyalahgunaan dana awam kerana mereka merupakan penyumbang cukai utama negara.


Thursday, March 24, 2011

Sistem dua parti

Politik Malaysia kini semakin hilang arah tuju, tidak kira yang berkuasa atau yang tidak berkuasa.

Ahli-ahli politik semacam telah lupa peranan dan sering melakukan perkara-perkara yang menyebabkan rakyat rasa kecewa dan rakyat telah mula beranggapan semua ini adalah permainan politik kelas tiga.

Terdapat orang politik yang bersikap bongkak dan tidak pandai memimpin tetapi tidak hendak mengaku dan tidak hendak belajar secara bersungguh-sungguh tentang cara-cara memimpin dan cuma tahu memarahi orang lain, mentang-mentang ada kuasa.

Kerajaan yang memerintah harus melaksanakan tanggungjawab termasuk memantau prestasi kakitangan awam.

Kerajaan yang dilantik rakyat harus memastikan semua agensi kerajaan berfungsi dengan sempurna kerana prestasi agensi awam mencerminkan keberkesanan kerajaan.

Kerajaan tempatan harus di pantau secara dekat tentang prestasinya kerana fungsi-fungsi kerajaan tempatanlah yang paling dekat dengan kehidupan harian rakyat, termasuk kutipan sampah, pembersihan longkang, lesen perniagaan, lampu jalan dan sebagainya.

Pengundi Cina dilihat amat terkedepan dalam pembuat keputusan semasa mengundi berbanding pengundi Melayu dan India atau kaum-kaum lain. Mereka telah melihat kemungkinan terlaksananya sistem dua parti di negara ini. Mereka mengharapkan check n balance yang berkesan, ini termasuk melaksanakan tanggungjawab dengan mendahulukan rakyat atau rakyat sentiasa diutamakan.

Kakitangan awam khususnya mereka yang berjawatan tinggi seharusnya lebih profesional dari segi menjaga kepentingan awam dan bukanya berlagak atau berkelakuan orang politik.