Thursday, June 26, 2008

Kebijaksanaan dalam pengurusan wang


Dunia mengalami kemelesetan dalam ekonomi akibat peningkatan harga bahan api, inflasi berlaku dan pasaran dijangka menjadi semakin lembab.

Orang ramai kekurangan wang untuk dibelanjakan.

Nilai sebenar bagi pendapatan kita telah berkurangan kerana harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat. Oleh itu, kita semua perlu berubah dari segi trend perbelanjaan. Kita harus lebih menjurus kepada belanja dengan cara berhati-hati dan berjimat cermat.

Pakar pengurusan wang berkata masa sekarang bukan sahaja kita perlu ada IQ dan EQ malah kita perlu ada FQ yang khusus bagi pengurusan wang ringgit kita.

Berjaya atau tidak seseorang dalam pengurusan kewangan bergantung pada FQnya. Sama ada seseorang itu mampu menguruskan kewangannya dan mendatangkan hasil dengan pelaburan, mengekalkannya dan membawa kegembiraan dan bukannya beban kepadanya.

Terdapat dua jenis kuasa yang mempengaruhi kejayaan seseorang iaitu profesionalisme dan kekuatan kewangan.





Wednesday, May 14, 2008

安全至上,防範於未然

2008-05-14 17:30
中國四川省發生大地震,死傷枕籍。

無可否認,地震是不能改變,也不能抵抗的一個天然災害。倘若真的是發生了地震,只能儘力做災後的救災工作和重建工作。

不過,雖然地震是防不勝防的天災,但若地震發生前能偵測到地震即將發生的預兆,並採取事先安排居民疏散到安全地方的措施,應該可以把傷亡人數減至最

像在今次地震發生前,在廣西南寧市曾發現蛇群近期急躁 不安,而且進食很少的異常表現。而在四川綿竹市也發生了數十萬癩蛤蟆大遷徙的場面。

向來,每逢發生地震、海嘯等天災,動物都有較人類早知大難臨頭的預知能力,因此,這些動物的異常舉動應該受到關注。

只是,大家都似乎漠視了這一點,讓人深感遺憾。

另外,在容易發生地震的地區,所有的建築物如果都是以免震建築法興建起來,在地震發生時,就可以使建築物免受破壞。

舉個例子,日本在1995年1的阪神大地震發生後,在神戶的兩棟免震樓房能夠絲毫無損,完全是因為它們是免震樓,能夠吸收地震動的能量,把建筑物的晃動控制在最小程度,使建筑物不受破壞。

而在今次的四川大地震,部份重災區的大部份建築物都被震毀。這不禁讓人懷疑,這些建築物是否都是“真材實料”,因為在容易發生地震的地區,所有建築物理應都應該具備一定的抗震能力。

建築商也許會稱,地震是自然災害,防不勝防,因此,建築物在地震中坍塌,完全與他們無關,不能把責任往他們身上推。但事實上,他們是需要負上一定的責任。

建築商在興建大樓時,必須讓建築物具備抗震功能,同時也必須定期檢查建築物的抗震質量,並且需要對此負上終身的責任,因為這關乎到人命,因此,不能有絲毫的放鬆。

為了防止地震導致重大傷亡事件再次重演,各有關方面今後必須抓緊安全工作,以及密切監督發展商的建設工程,堅決貫徹人民至上、生命至上、安全至上的原則。

星洲日報/每日時評‧文:黃若琴‧2008.05.14

Apabila manusia betul, dunia akan jadi betul

Satu slot agama dalam Ai FM mengatakan apabila semua manusia melakukan perkara yang betul maka dunia akan secara automatiknya menjadi betul.

Memang betul kenyataan ini, betul belaka...

Tetapi manusia mempunyai tahap pemikiran, tafsiran dan nilai yang berlainan. Harapan dan tahap tanggapan tentang perkara-perkara yang dianggap betul adalah amat berbeza sekali.

Contohnya nilai rajin adalah baik, tetapi ada manusia yang rajin memikirkan tektik untuk menipu, rajin menghubungi seseorang VIP untuk mendapatkan kontrak dengan cara mudah... Bagi mereka ini, mereka melakukan perkara yang betul. Bagi dia sahaja betul......

Oleh itu, untuk 'memperbetulkan' seseorang merupakan satu perkara yang amat sukar.

Maka perlulah kita melakukan apa yang benar.

Kalau perkara itu benar, contohnya pekerja estate tidak dibekalkan dengan air yang bersih, maka apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana caranya untuk memberi air yang bersih, usahakan, itu sahaja.

Satu lagi contoh, industri babi menimbulkan banyak masalah khususnya pencemaran, maka fikirkan bagaimana menyelesaikan pencemaran, usahakan, itu sahaja, tidak ada kaitan dengan politik, agama, kaum dll....

Jadi manusia ini mestilah bersifat benar, melakukan apa-apa yang benar.

Wednesday, August 8, 2007

Sains dan Maths dlm BI

Apa yang masih hangat diperkatakan dan mungkin akan menjadi salah satu senjata bagi parti-parti pembangkang untuk menyerang BN pada pilihan raya akan datang ialah kerajaan masih tidak menetapkan bahasa yang akan digunakan dalam peperiksaan UPSR tahun depan (2008).
Bagi sekolah kebangsaan (SK ) dan Tamil, bahasa Inggeris (BI) sudah tentu digunakan bagi penyediaan soalan UPSR bagi ke dua-dua subjek ini, tetapi sekolah Cina (SJKC ) yang menggunakan bahasa Cina dan Inggeris serentak dalam pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek ini, apakah bahasa yang akan digunakan bagi penyediaan soalan, B. Cina (BC) atau BI ???
Dalam suasana masa kini, MCA dan masyarakat Cina yang sering memberi tumpuan ke atas perkara ini amat-amat mengharapkan BC sahaja digunakan atau sekurang-kurangnya dwi bahasa digunakan supaya tidak tersia-sia perjuangan mereka mempertahankan penggunakan bahasa Cina di sekolah Cina dalam pembelajaran kedua-dua subjek ini.
Hasrat masyarakat Cina ialah peluang belajar bahasa ibunda cuma enam tahun sahaja, dan sepatutnya dipertahan dan segala budaya, semangat serta warisan yang tersirat boleh disebarkan melalui pelajaran di peringkat sekolah rendah dan belajar BI sepatutnya melalui pembelajaran bahasa itu sendiri dengan sistematik.
Sehingga hari ini masyarakat Cina masih tidak memahami dan mempersoalkan sistem atau kaedah yang digunakan Tun Dr M untuk meningkatkan taraf BI di kalangan pelajar sekolah rendah. Tetapi bagi sek men. mereka tiada bantahan.
Oleh itu, kita dalam sebuah negara berbilang bangsa, bahasa dan budaya ini, kita perlu berfikir dan membuat keputusan dengan mengambil berat tentang perasaan dan hasrat orang lain. Menghormati orang lain akan lebih mebantu untuk mencapai perpaduan negara............

Monday, July 30, 2007

Salam hormat

Salam sejahtera,

Masa kini, kita dengar tentang blog setiap hari, hari ini juga pelbagai kontroversi tentang blog telah diperkatakan dalam pejabat saya.
Saya akan mulakan penulisan bagi blog Malaysia FM sekerap yang mungkin. Mulakan dengan menggunakan bahasa Malaysia, ada masa tambah dengan lain bahasa Cina, Inggeris ..... Diharapkan ia akan memperkasakan bahasa-bahasa saya, dapat kongsi maklumat dalam dunia siber ini.....
Tiga puluh lima tahun dahulu saya memulakan pembelajaran di sekolah menengah dengan semua mata pelajaran sastera ( geografi, sejarah dll ) ditukarkan dari Inggeris ke Bahasa Malaysia dan Sains dan Maths pula kekal dalam B. Inggeris.
Dan selepas itu, semua subjek menggunakan B. Melayu (sekarang B. Malaysia) sehinggalah dasar baru yang menimbulkan kontroversi yang dilaksanakan mantan PM, Tun Mahathir di mana Inggeris digunakan bagi subjek Sains dan Maths. Sejarah 35 tahun dahulu berulang, dan keadaan serta suasana juga telah mengalami banyak perubahan dan cabaran yang kita hadapi juga berlainan.
Masalah yang kita hadapi sekarang ialah setakat mana rakyat sanggup meninggalkan bahasa ibunda dan tukar ke Inggeris diperingkat sekolah rendah lagi.
(....... bersambung )